iGREAT EVO | Pelan Takaful Keluarga Komprehensif



Takaful Keluarga

Pelan perlindungan evolusi untuk perkembangan keperluan anda
Semua orang melalui pelbagai peringkat dan cabaran dalam hidup. i-Great Evo memberi anda peluang untuk menyesuaikan pelan perlindungan anda mengikut tahap dan kemampuan hidup anda. Dengan ciri Perlindungan Lanjutan Automatik dan lampiran rider yang komprehensif, i-Great Evo adalah jalan yang terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan yang menyeluruh, kerana i-Great Evo adalah pelan perlindungan evolusi untuk perkembangan keperluan anda.


Manfaat-manfaat utama

✅ Caruman bulanan dari RM50
Dapatkan perlindungan penting dengan Jumlah Perlindungan bermula daripada RM15,000 tertakluk pada caruman bulanan serendah RM50.

✅ Perlindungan Lanjutan Automatik
Nikmati perlindungan berterusan selepas matang sehingga 80 atau 100 tahun hari lahir berikutnya dengan Perlindungan Lanjutan Automatik. 

✅ Manfaat Hilang Upaya Penuh & Kekal dan Kematian 
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh & Kekal sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum umur yang dicapai 70 tahun hari lahir berikutnya atau berlaku kematian sebelum Sijil matang, berikut akan dibayar:
• Jumlah Perlindungan Asas; dan
• Sebarang baki jumlah dalam Akaun Individu Peserta


Manfaat tambahan

✅ Manfaat matang, ihsan dan Kemudahan Tidak Luput
Anda akan menerima sebarang jumlah di dalam Akaun Unit Peserta apabila pelan anda matang dan waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia.

✅ Perlindungan Penyakit Kritikal paling luas di Malaysia
Sila klik di sini untuk melihat senarai 56 penyakit kritikal.

✅ Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah
Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

✅ Tingkatkan perlindungan anda
Tingkatkan pelan i-Great Evo anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif melalui 8 rider-rider pilihan ini:

🟥 Perubatan dan Penghospitalan
i-Medi Rider
i-Medi ExPlus Rider
i-Hospitalisation Benefits Term Rider

🟥 Penyakit Kritikal
i-Critical Illness Benefit Term Rider
i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider

🟥 Perlindungan Kemalangan
i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Term Rider

🟥 Pengecualian Caruman
i-Provider Plus Term Rider - untuk Orang Yang Dilindungi
i-Contributor Benefit Plus Term Rider - untuk Pencarum


Bagaimanakah i-Great Evo berfungsi


Nota dan penafian
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.


Notis Penting:

i-Great Evo adalah Pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan caruman berkala yang memberikan Jumlah Perlindungan Asas apabila berlaku Kematian dan Hilang Upaya Penuh & Kekal ke atas Orang Yang Dilindungi serta Manfaat Ihsan sebanyak RM2,000 yang dibayar untuk kematian ke atas Orang Yang Dilindungi. Ia matang pada umur 25 atau 80 tahun hari lahir berikutnya.

Caruman dibayar sehingga tempoh perlindungan tamat atau kematian atau Hilang Upaya Penuh & Kekal, mana yang terdahulu. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan Akaun Individu Peserta anda cukup untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa. Caruman baharu akan dikenakan selepas pengaktifan Perlindungan Lanjutan Automatik.

Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam Akaun Individu Peserta untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta.

Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

“Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan belanja perubatan (jika ada).

Anda boleh menerima baki jumlah di dalam Akaun Individu Peserta (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan berkurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam Akaun Individu Peserta. Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.

Jumlah di dalam Akaun Individu Peserta adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai Akaun Individu Peserta mungkin berkurang dan Sijil berpotensi menjadi luput. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah Akaun Individu Peserta mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.

Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil anda akan luput. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.


Penafian: 
Maklumat ini hanyalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

No comments:

Post a Comment