Tentang Saya

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum 

Tiada apa istimewa untuk diceritakan, kerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Yang ada hanyalah rasa kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia untuk terus menimba ilmu dan dikongsikan untuk manfaat bersama.

Saya bukanlah individu cemerlang sepertimana pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat liputan meluas media arus perdana. Bermula daripada pelajar bermasalah (nyaris dibuang sekolah), saya bangkit dengan keputusan yang sekadar cukup makan untuk meneruskan pelajaran sehingga ke Tingkatan 6. Siapa sangka, pelajar bermasalah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading (Universiti Utara Malaysia - UUM) seterusnya ke peringkat Master (Universiti Malaysia Sabah - UMS). 


Kalau ada yang kata, 

Apa guna ada Master kalau menganggur, Apa guna ada Master kalau tidak kerja Kerajaan. 

Jawapan saya mudah, rezeki manusia tu Allah sudah TETAPKAN, so tidak perlu persoalkan rezeki masing-masing, cukup jalani hidup ini seadanya dan jangan lupa untuk BERSYUKUR.

Pernah berkhidmat dalam sektor Kerajaan selama 8 tahun lebih (Contract of Service - COS), namun ditamatkan setelah berlaku peralihan kerajaan pada 2018. Sepanjang perkhidmatan, 4 tahun berturut-turut dicalonkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), namun kesemuanya ditolak. Sehinggalah Pengarah memutuskan hanya untuk memaklumkan bahawa saya menerima APC setelah nama tercetak dalam buku senarai penerima. Sebab beliau tahu, kalau nama diumum awal, pasti saya akan menolak.


Kenapa suka MENOLAK?
Sebab saya konsisten bahawa pekerjaan itu IBADAH, bila IKHLAS, JUJUR dan KOMITED dalam perkhidmatan, di situ pasti beroleh KEBERKATAN. Bila pekerjaan BERKAT, maka KEPUASAN KERJA mahupun PENGIKTIRAFAN akan datang dengan sendirinya.


Sambung Master (mix mode - fulltime: 1 tahun) ketika dalam perkhidmatan, selain tidak pernah aply cuti semasa exam, antara KERJA GILA yang jarang-jarang dilakukan orang. Namun berjaya dihabiskan dengan bantuan Ketua Jabatan dan Pengarah yang membenarkan keluar awal (2/3 petang) untuk ulang kaji sebelum exam, itupun setelah semua tugas hakiki selesai.


Bagaimana TERJEBAK dengan Insuran?
Bermula dengan KESEDARAN (sediakan payung sebelum hujan), bahawa diri sendiri ada BERHUTANG dan tidak memiliki sebarang HARTA untuk ditinggalkan kepada Isteri dan Anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka saya pun bertemu dengan rakan yang menjual insuran terutama HIBAH.


Kenapa HIBAH dan bukan Medical Card/ Insuran Nyawa?
Sebab proses HIBAH itu sendiri yang mudah dan tidak perlu menunggu lama. Waris/penama akan dapat langsung tanpa perlu Fara'id. Julat masa pengurusan dalam sebulan (bergantung kepada dokumen yang diperlukan), dan ini antara faktor penarik. 

Tahukah anda, wang hibah tersebut sangat-sangat diperlukan oleh Waris untuk kelangsungan hidup. Malah ia juga berperanan untuk menyelesaikan hutang-piutang si mati. Lain-lain harta milik si mati perlu melalui proses Fara'id sebelum boleh diserahkan kepada Waris dan ia adakalanya mengambil masa lama.


Ejen Takaful Sebagai Kerjaya?
Tak juga... saya tidak hanya bergantung kepada satu-satu pekerjaan. Selama hilang pekerjaan, pelbagai kerja freelance saya ceburi termasuklah, ejen personal loan, ejen hartanah, blogger, penganalisa data pilihan raya dan lain-lain lagi, selagi boleh menjana pendapatan dan HALAL.


Objektif Saya Selaku Ejen Takaful
1. Menyedarkan seberapa ramai orang akan perlunya untuk memiliki Polisi Hibah.

2. Mengubah persepsi umum bahawa Hibah bukan suatu KEPERLUAN.

3. Menyedarkan bahawa Hibah bertindak sebagai Dana penyelesai hutang dan Dana penerus kelangsungan hidup Waris terutama suri rumah yang tidak bekerja.

4. 20% hasil perolehan komisyen akan diwakafkan atas nama saya dan pencarum (10% saya & 10% pencarum) kepada badan agama dan sekolah agama/ tahfiz yang memerlukan.


LAKUKAN APA YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN, SELAKU KETUA KELUARGA YANG SAYANGKAN ANAK DAN ISTERI


Cukup sekadar itu 😊

Sekian.

No comments:

Post a Comment