iGreat Inspirasi | Pelan Perlindungan Takaful Untuk Penyakit Berjangkit


 
Mengilhamkan Rakyat Malaysia untuk Mendapatkan Perlindungan Terhadap Penyakit Berjangkit dan Bawaan Nyamuk

Laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah merosot sebanyak 4.5% pada suku ketiga 2021. Banyak perniagaan yang telah jatuh muflis yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Situasi ini telah memberi kesan paling dalam kepada golongan belia, dengan 9.5 juta daripada populasi belia menuju ke arah kemelesetan dengan prospek yang agak suram.

i-Great Inspirasi akan membantu anda menumpukan kepada perkara penting dalam hidup; ia memastikan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi kepada anda, dan menyediakan perlindungan mencukupi terhadap penyakit berjangkit dan bawaan nyamuk.


Manfaat utama takaful penyakit berjangkit

🟥 Perlindungan Penyakit Berjangkit
Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 4 Penyakit Berjangkit yang tersenarai (Demam Denggi Berdarah, Malaria, Demam Kuning, MERS-COV), manfaat Penyakit Berjangkit sebanyak RM5,000 akan dibayar sekali gus bagi setiap Orang Yang Dilindungi daripada Dana Tabarru'.

🟥 Manfaat Kematian Akibat Kemalangan sehingga 4x Jumlah Perlindungan
Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. Sila rujuk brosur produk untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya kemalangan berlaku di dalam atau luar negara.

🟥 Kematian Akibat Penyakit Bawaan Nyamuk
Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 30 hari dari diagnosis daripada mana-mana Penyakit Bawaan Nyamuk berikut (Demam Denggi, Malaria, Chikungunya, Japanese Encephalitis dan virus Zika), 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian yang perlu dibayar.

🟥 Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnos dengan mana-mana satu daripada 5 penyakit kritikal yang tersenarai (Kanser, Serangan Jantung, Koronari, Strok dan Kegagalan Buah Pinggang), 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas
akan dibayar daripada Dana Tabarru'.


Bagaimana perlindungan takaful penyakit berjangkit berfungsi?



Nota dan penafian
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.


Notis penting
i-Great Inspirasi adalah Pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan caruman berkala yang matang sehingga umur 85 tahun hari lahir berikutnya beserta manfaat perlindungan takaful keluarga.

Caruman dibayar sehingga tempoh perlindungan tamat atau kematian atau HUPK, mana yang terdahulu. Caruman bagi pelan ini adalah caruman meningkat, yang mana caruman boleh meningkat berdasarkan umur dicapai hari lahir berikutnya oleh Orang Yang Dilindungi, pada hari pertama setiap ulang tahun sijil.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

“Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan sebarang caruman yang tidak diperuntukkan.

Menyertai sebuah pelan takaful keluarga adalah satu komitmen kewangan yang berjangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, sijil anda mungkin luput. Berikut akan dikembalikan sewaktu penyerahan sijil:

  - Caruman Tidak Diperuntukkan yang belum diperolehi (selain daripada                Caruman Tidak Diperuntukkan tahun pertama) tolak perbelanjaan sebenar         yang ditanggung; dan

  - Tabarru' yang belum tamat tempoh daripada Dana Tabarru'.

Sekiranya sijil anda diberhentikan atau matang atau ditamatkan, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru'.

Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.


Penafian
Maklumat ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai dana berkaitan pelaburan, sila rujuk Lembaran Fakta Dana.


No comments:

Post a Comment